Pages

marilah memperkaya minda... segalanya dikongsi bersama

apabila kita menyuarakan sesuatu, kita perlu memikirkan orang lain yang berada disekeliling kita kerana dunia ini milik bersama.. hidup tidak perlu mementingkan diri.. Dia lebih mengetahui..

Monday, April 25, 2011

Merendahkan ego...

Sesungguhnya saya terpanggil untuk menulis tentang ego.. melihat satu situasi (anak2 pelajar dan rakan sejawat) yang agak tidak terkawal, tegang... saya menyimpulkan, apabila marah menguasai diri, ego akan melambung tinggi..
Sapa yang tiada ego, sapa yang tak boleh marah, sapa yang tidak mahu menuntut kebebasan...rasanya semua orang menganggap dirinya di jalan yang lurus dan benar(dia sorang betul, orang lain salah)... Memang betul, kita berhak memilih hala tuju sendiri, TETAPI kita lupa, kadang kala kita perlu dipandu sebelum kita boleh memandu ke arah yang ingin kita tuju..
Tolonglah rendahkan ego, tak ada gunanya nak menganggap semua orang sedang mempergunakan kita sedangkan dimata orang lain anda mungkin sedang dalam situasi nazak untuk ditolong... kita tak dapat melihat kelemahan sndiri melainkan dengan merendahkan ego, dan di situ semua kelemahan akan terserlah..
Saya sering menasihatkan pelajar saya, termasuklah diri saya sendiri, SABARLAH.... pasti nanti ada jalan yang terang disebalik segala kekabutan dan kekusutan... SABARLAH, rendahkan egomu supaya kamu dapat menilai segala kebaikan yang ingin diberikan kepada kamu...

Saturday, April 23, 2011

Nota untuk pelajar saya (2)


Tema 1 – Penduduk

Konsep/Huraian

1. Penduduk sebagai sumber
Penduduk bertindak sebagai agen perubahan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan, perubahan terhdp landskap budaya dan perubahan terhdp landskap fizikal di sesebuah kawasan.

2. Pola taburan penduduk: (tema 1) stpm 2008
Sebaran penduduk disesuatu kawasan di muka bumi. Pola taburan ini berbeza antara kawasan. Terdapat tiga jenis pola taburan penduduk iaitu padat terdapat di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan penduduk sederhana pula terdapat di kawasan pekan kecil seperti Kluang manakala taburan penduduk jarang terdapat di kawasan pedalaman, gurun dan kawasan berpaya.

3. Kadar Pertumbuhan Penduduk: (tema 1) stpm 2007
Satu angka (biasanya dalam peratus) yang menunjukan suatu arah pertambahan penduduk sama ada pesat (tinggi), Perlahan (sederhana), statik ( sifar) atau berkurangan (bawah sifar) bagi satu-satu tempoh tertentu (tahunan/10 tahun).
Kadar ini merujuk kepada satu-satu kawasan tertentu seperti negara, wilayah, dunia.
Kadar Pertumbuhan Penduduk (KPP) = kadar kelahiran (KL) – kadar kematian (KM) + kadar migrasi bersih (KMB)

4. Konsep Lebihan Penduduk : (tema 1)
Keadaan dimana jumlah penduduk melebihi kemampuan penawaran sumber yg ada dlm sesebuah negara. Terbahagi kpd 2 iaitu:
lebihan penduduk mutlak yg bermakna sumber alam yg amat sedikit atau sudah habis digunakan dan
lebihan penduduk relatif iaitu sumber alam masih ada/masih banyak tetapi keupayaan teknologi utk membangun/menjana sumber tersebut adalah rendah sehingga aras dan keperluan penduduk tidak boleh ditampung.

5. Penduduk kurangan
Sesebuah negara mempunyai bilangan penduduk yg sedikit berbanding dgn jmlh sumber s/jadi yg ada.

6. Penduduk Optimun
Keadaan yg seimbang antara jmlh atau saiz penduduk dgn sumber pengeluaran khususnya sumber alam berbanding dgn tempoh sebelum atau selepas mencapai penduduk optimun.

7. Piramid Penduduk
Graf bar yg menggambarkan struktur penduduk mengikut umur dan jantina di sesebuah negara. Paksi menegak mewakili kumpulan umur, paksi mendatar menunjukan peratusan atau jmlh jantina lelaki dan perempuan

8. Piramid Progresif
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: jmlh pendudk muda yg ramai, kdr kelahiran tinggi. Jangka hayat penduduk rendah, nisbah tanggungan tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial rendah


9. Piramid Regresif (peralihan)
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran rendah, nisbah tanggungan rendah, golongan produktif dr segi ekonomi tinggi, tahap pembangunan ekonomi lebih maju.

10. Piramid penduduk stabil
Mempunyai ciri-ciri kependudukan dan sosioekonomi yg berikut: kdr kelahiran yg sgt rendah, tahap penduduk optimun, jangka hyt penduduk tinggi, pembangunan ekonomi dan sosial sgt maju.

11. Piramid Penduduk terganggu
Blh berlaku ke atas mana-mana piramid s/ada progresif, regresif atau stabil yg menyebabkan perubahan yg ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk. Gangguan terjadi akibat peperangan, wabak penyakit, atau kesan polisi kerajaan seperti dasar saiz keluarga kecil.

12. Model peralihan Demografi
Satu bentuk graf garis yg menggambarkan transisi atau perubahan kependudukan yg dialami oleh sesebuah negara dari dulu hingga kini dan pada masa akan datang.

13. Mobiliti ruang
Merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kawasan atau antara kawasan sama ada bersifat jangka pendek atau jangka panjang.

14. Mobiliti sosial
Merujuk kpd perubahan status sosioekonomi para migran yg berhijrah dari kawasan mundur ke kawasan maju.

15. Migrasi
Merujuk kpd penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yg lain yg melibatkan perubahan ruang dan masa.

16. Migrasi Dalaman : (tema 1)
Perpindahan penduduk dalam negara, iaitu perpindahan yang tidak merentasi sempadan sesebuah negara.

17. Migrasi Antarabangsa : (tema 1) stpm 2007
Perpindahan atau pergerakan penduduk yang merentasi sempadan negara atau antarabangsa. Cth kemasukan pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dan Bangladesh ke Malaysia

18. Imigrasi
Penghijrahan masuk penduduk ke sesebuah kawasan

19. Emigrasi
Penghijrahan keluar penduduk dr sesebuah kawasan

20. Migrasi bersih
Merujuk kpd perbezaan nilai yg wujud antara imigrasi dan emigrasi

21. Daya tampung persekitaran fizikal
Kecukupan sumber alam spt tanah pertanian, bekalan tenaga, air dan udara utk menampung keperluan penduduk pd aras tertentu di sesebuah kawasan.

21. Daya tampung sumber alam
Keupayaan sesuatu sumber alam menampung dan memenuhi keperluan penduduk pd tempoh tertentu.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Manusia STPM

Thursday, April 21, 2011

Apabila tiba waktunya...




Gajet kesayangan saya sudah tiada lagi... tiba-tiba dia off dan tidak dapat dihidupkan kembali... tinggal kenangan..
XMan ni banyak fungsinya, ada TV, radio, yg best 2 sim kad..barang dari China nih berbaloi beli, tapi bila dia meragam, x dapek nak nolong.. sedih la nih..

Monday, April 18, 2011

Cucu saya...







Al Fatihah untuk abang ipar suami saya(biras saya le) Hj Warsini yang kembali kepangkuan penciptanya tepat jam 1.35 ptg semalam..maka, bergegaslah kami sekeluarga semalam ke Felda Bukit Ramon, Kulai untuk menziarah keluarga allahyarham..  Bertemu sanak saudara sebelah suami, walaupun dah 16 tahun masuk family hubby, masih kelabu jugak mata nk ngenal semua..
Apabila berlakunya situasi sebegini (kematian), ramailah saudara mara yang kita jumpa, dan yang penting semalam jumpa cucu-cucu saudara... ada seorang nih, sangat menarik perhatian saya.. Zaquan namanya...comel banget... atuk ucu berkenan...
 Apapun, setelah pertemuan singkat (dalam 3 jam) bersama anak2 saudara suami, satu perkara yang saya pelajari, kita tak boleh menganggap semua orang  berfikir sama seperti kita.. Saya seorang yang sangat ringkas, saya tidak suka berhempas pulas untuk mendapatkan sesuatu jika saya perlu bersaing dengan orang lain jika saya fikir iyanya tidak perlu (mudah mengalah nih..emmm x best nya, tapi itu lah saya)...dan saya juga tidak suka menyusahkan orang lain dengan harapan orang lain tidak akan menyusahkan saya... Hidup ini hanya sekali, saya tak suka menekan perasaan sendiri, be happy walaupun sangat worry..hihihi...
 Yang hidup pasti akan mati, yang tinggal pula bersungguh2lah mencari bekalan utk hari pembalasan, saya faham dengan istilah "sementara masih hidup" yang diperkatakan oleh mereka...errrkk... saya pula sangat besederhana.. kerana saya dibesarkan dengan didikan yang begitu, kenapa mesti bersusahpayah untuk kesenangan dunia jika akhirnya menyusahkan kita? Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada kerana susahnya saya untuk mencapai tahap ini...dan harapan saya kepada suami, jika dia dapat rezeki lebih lepas nih, jangan tinggalkan saya... hehehe..sebab kalau dia tinggal saya, saya x kan susah payah kejar dia...saya akan biar dia pergi..(itulah saya...saya bukan seorang pejuang)..yang pergi biarkan pergi, saya x akan kutip balik..manakala untuk biras saya, semuga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...Al Fatihah..

Sunday, April 17, 2011

I Follow....

Pagi Isnin yang serabut...pepagi lagi dah kena attend meeting, dan kesimpulan yang boleh saya ambil adalah= sukarnya menjadi pemimpin, lebih2 lagi jika orang bawahan kita ramai, banyak orang, banyak ragam.. nak cerita banyak x boleh, kena jaga air muka rakan sejawat..
 Nanti esok lusa kalu kita pulak terkena, orang akan buruk2kan kita pulak, kan? Oh ya... saya nak ucap tahniah untuk pelajar saya kerana mempelawa saya follow blog mereka.. so, i'll follow... ajak la kengkawan lain follow.. mereka sebenarnya telah mengubah persepsi saya terhadap mereka sebelum ini...Apa persepsi saya?  Macam2 ada... hehehe..

Pelajar2 saya..

Agak terkejut juga bila melayari dunia blogger nih...rupa2nya saya dah tertinggal bullet train nampaknya.. pelajar2 saya sangat advance, cuma mungkin diorang lum jumpa blog saya, dan saya belum bersedia nak follow mereka..insyaAllah sikit masa lagi saya akan follow..
 Apapun, dunia tanpa sempadan ini menjadikan generasi sekarang berani meluah perasaan, berterus terang..hebat!! dan saya bukanlah generasi yang dibesarkan dengan cara itu.. saya lebih memendam, pemalu..(errkk..) dengan itu saya menjadi lebih diktator bila mendidik anak2.. kena kurangkan ketegangan ini agaknya.. sang hubby juga begitu, kami agak mengongkong dengan harapan anak2 terlindung, tapi kena beringat juga bahawa kita kena didik generasi anak2 seperti dalam zaman mereka, bukan zaman kami dulu... Apapun, kalau ada pelajar2 saya dapat mengesan saya dalam dunia blog ini..jangan malu2 nak follow, sebab blog saya nih akan saya upload nota2 dan juga rahsia2 menjawab soalan peksa... silalah...

Friday, April 15, 2011

Jumaat yang indah

Alhamdulillah, akhirnya bertemu Jumaat ini..setelah merasakan betapa panjangnya minggu2 yang sudah berlalu dek kerana waktu rehat yg serasakan tidak mencukupi.. Berehat2 di petang Jumaat tanpa perlu terkejar2 dengan urusan hantar/ambil anak ke/dari sekolah..syukur dengan kelapangan yang diberikan.. Sementara menunggu si hubbyku pulang, melayan anak2 yang sibuk nak main game, tengok kartun.. kudapan dah sedia, jadi dapatlah berehat mengadap blog nih.. sambil2 surf internet, apa kata singgah jap di---- http://www.ausmelankolik.com/2010/04/tazkirah-jumaat-15-maksiat-yang.html

 Semoga sama-sama beroleh keberkatannya...

Nota untuk pelajar saya (1)


TAJUK 1: PENDUDUK

1.1            KONSEP PENDUDUK

1.1.1.        Penduduk sebagai sumber

Penduduk
§  Manusia yang tinggal di dalam satu-satu kawasan.
§  Berbeza dari satu kws ke kawasan lain (taburan).

Penduduk bersifat dinamik
§  Berubah dari semasa ke semasa.
§  Penduduk sebagai sumber manusia.

Jumlah/Bilangan/Saiz penduduk

§  Bilangan/saiz penduduk yg tinggal dlm. Satu2 kawasan/tempat pada satu2 masa tertentu.
Cth: Jumlah penduduk dunia pada tahun 2000 = 6 bilion dan dianggar meningkat kpd 6.9 bilion menjelang 2010.
§  Negara paling ramai penduduk ialah Republik Rakyat China (> 1 bilion).
§  Saiz penduduk penting sebagai satu penentu bekalan sumber manusia yg ada.
§  Negara besar seperti China, India, Brazil dan Indonesia mempunyai bekalan sumber manusia tidak terhad berbanding negara berpenduduk kecil seperti Malaysia, Arab Saudi, Australia dan New Zealand.
§  Semakin besar jumlah penduduk semakin besar sumber tenaga kerja dan keperluan mempertahan dan menjaga keselamatan negara.
§  Sumber manusia tidak hanya bergantung pada saiz tetapi juga umur & jantina dan kualiti penduduk.


Umur

§  Belum produktif (<15 thn)/muda  – masih ditanggung
§  Produktif (15-64 thn.)/dewasa – aktif dari segi ekonomi untuk menanggung penduduk muda dan tua
§  Tidak lagi produktif (>64 thn)/tua – tidak aktif dari segi ekonomi

Kualiti penduduk

Petunjuk

§  Taraf pendidikan & kemahiran, (modal insan).
§  Kadar buta huruf dewasa.
§  Bilangan ahli sains dan jurutera per 1 juta penduduk (memerlukan kolej & universiti).
§  Taraf kesihatan.
§  Kadar kematian bayi & jangka hayat.
§  Berkait rapat dengan kemiskinan (penduduk negara miskin terdedah kpd pelbagai penyakit.
§  Kualiti makanan.
§  Sikap penduduk sesebuah negara.

1.1.2.        Penduduk sebagai agen perubahan

§  Penduduk sebagai sebahagian dari sumber (buruh).
§  Penduduk penting bagi menjana pembangunan negara.
§  Kuantiti penduduk (bil. penduduk) sahaja bukan penentu kpd kemajuan negara.
§  Sesebuah negara perlu penduduk berkualiti.
§  Penduduk penting – sebagai sumber buruh bagi kemajuan sektor pertanian, perindustrian, perikanan dan lain-lain.


1.2.           TABURAN PENDUDUK

1.2.1         Taburan penduduk dunia mengikut wilayah

a)     * Tunjukkan/edarkan peta taburan penduduk dunia dan Malaysia,
        Bincangkan taburan penduduk tersebut dari segi kawasan padat dan kurang padat,

b)     Faktor ketidakseimbangan penduduk di pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia

Faktor
Pantai Barat
Pantai Timur
i-  Keluasan tanah pamah

   Kesuburan tanih
§  luas & lebar + 50 km
§  mudahkan pembangunan
§  sempit
§  banyak tanih subur spt Dataran Kedah, Dataran Tjg Karang
§  tanah subur terhad, banyak kawasan hutan & berpaya (Tasik Bera, Tasik Cini)
ii- Ekonomi
§  Banyak peluang pekerjaan dlm perindustrian
§  ZPB diwujudkan spt Bayan Lepas, Johor, Klang
§  Kawasan perindustrian bertumpu di bandar besar shj spt Kota Bharu, Kuantan & Kuala Trengganu

iii-Sejarah
§  lebih awal dimajukan penjajah (British) akibat penemuan bijih timah
§  tiada penemuaan awal sumber mineral
iv-Sosial
§  banyak institusi pendidikan sbg satu tarikan
§  pusat pelancongan, perkhidmatan, pengankutan/perhubungan
§  kurang kemudahan2 sosial
v-Politik/Governan
§  Tumpuan lebih kpd Pantai Barat
§  Tarik pelabur
§  Pelabur lebih berminat di Pantai Barat krn banyak infrastruktur


1.3            PERTUMBUHAN PENDUDUK

1.3.1         Trend penduduk dunia

* Guru tunjuk/edar graf penduduk dunia dan dianalisis berdasarkan graf tersebut.

mengira kadar petumbuhan tahunanpenduduk dunia & Malaysia dgn formula

r = 1/n Log e (Pn/Po) X 100

1.3.2         Faktor pertumbuhan penduduk

1.3.2.1          Proses pertumbuhan penduduk

1.                    Kadar pertumbuhan penduduk – angka yg menunjukkan arah pertumbuhan penduduk sama ada pesat, perlahan, statik atau berkurang dlam tempoh tertentu.
2.                    Pertumbuhan semula jadi:
                                                                Kadar Kelahiran – Kadar Kematian
3.                    Kadar pertambahan penduduk:
                                                Kadar Kelahiran – Kadar Kematian + Migrasi Bersih


1.3.2.2 Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk

1.                    Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah dipengaruhi oleh taraf kesihatan baik, prasaran kesihatan cukup & sistem perubatan cekap.
2.                    Kesuburan meningkat – amalan kahwin muda.
3.                    Sumber makanan seimbang – revolusi hijau, tiada kebuluran, kurang kematian.
4.                    Program perancangan keluarga – gagal di negara membangun kerana taraf pendidikan, budaya & adat.
5.                    Faktor sosial – pendidikan rendah.
6.                    Kestabilan politik – aman, tiada perang.
7.                    Dasar Kerajaan – Kempen 70 juta menjelang 2100, rebat cukai, cuti bersalin, rawatan percuma.
8.                    Kadar migrasi bersih – tinggi (PATI).
9.                    Agama – Islam (ramai umat), Cina (perlu anak lelaki sbg pewaris).


1.3.4         Kesan pertumbuhan penduduk

Kesan negatif

1.        Tekanan terhadap sumber alam – persaingan guna tanah pertanian, petempatan, pembangunan prasarana.
2.        Kemerosoran/kepupusan sumber – sumber yang tidak boleh diperbaharui.
3.        Pencemaran & kerosakan sumber – air,udara,tanih
4.        Kemiskinan & kemunduran
5.        Kekurangan bekalan sumber makanan
6.        Kesan sosial – taraf pendidikan dan kesihatan rendah

a.)             Piramid penduduk

1.       Graf bar menggambarkan struktur umur & jantina penduduk ssebuah negara
2.       Paksi menegak – kumpulan umur
3.       Paksi mendatar - peratusan @ jumlah  jantina L/P
4.       Piramid penduduk menggambarkan ciri2 sosioekonomi seperti:
5.       Kadar kelahiran, kematian & pertumbuhan semulajadi
6.       Komposisi jantina (L/P)
7.       Jangka hayat
8.       Nisbah tanggungan
9.       Tahap pembangunan ekonomi
10.    Taraf sosial – kesihatan & pendidikan

b.)            Bentuk piramid penduduk

1.        Piramid Progresif

§  Tapak besar – bilangan penduduk muda ramai, kadar kelahiran tinggi
§  Cerun melengkung – kematian tinggi di semua peringkat umur
§  Puncak kecil – warga tua kurang, jangka hayat pendek
§  Negara baru membangun – Afrika, India

2.        Piramid Regresif

§  Tapak kecil – kadar kelahiran rendah
§  Cerun cembung – golongan produktif ramai ( golongan dewasa)
§  Puncak lebar – warga tua ramai, jangka hayat tinggi
§  Negara maju – Perancis, Denmark, Sweden
§  Piramid Perantaraan
§  Kelahiran sederhana
§  Penduduk dewasa > remaja
§  Kurang kematian semua peringkat umur
§  Jangka hayat tinggi


Contoh : Jenis Piramid penduduk

xh
Piramid Progresif
(cth Filipina 2004)
Piramid Peralihan (cth USA 2004)
Piramid Regresif (cth Jerman 2004)
Piramid Terganggu (cth Russia 2004)
Kadar Pertumbuhan penduduk
Pertumbunahan Pesat dan Positif
-          Jumlahpenduduk berganda dlm jangka masa singkat
-          Menyediakan pasaran yang luas
Perlahan-stabil
Pertumbuhan negatif
Pertumbuhan tidak tentu
-          Perpecahan negara
-          Wabak penyakit
Kadar Kelahiran
Tinggi
Rendah
Sgt rendah
Tidak tentu
Kadar kematian
Tinggi
Rendah
Rendah
Rendah atau tinggi
Golongan kanak-kanak
Besar
Kecil
Kecil
Kecil
Golongan Dewasa
Ramai
Ramai
Ramai
Tidak tentu
Golongan Tua
Kecil
Ramai
Ramai
Sederhana
Nisbah Jantina
Hampir sama
Hampir sama
Perempua lebih daripada lelaki
Perempuan lebih ramai dari lelaki






1.3.6         Penduduk dan pembangunan

a.)            Menganalisis kaitan antara pertumbuhan penduduk dengan pembangunan sesebuah negara dalam konteks peralihan demografi.

Peringkat 1              
(Peringkat pra perindustrian – masyarakat pertanian)

§  Kadar kelahiran & kematian tinggi
§  Tahap kesihatan & pendidikan mundur
§  Jangka hayat penduduk rendah
§  Tahap pembangunan ekonomi & sosial rendah
§  Kadar buta huruf tinggi
§  Wabak penyakit
§  Pendapatan perkapita rendah
§  Kadar kemskinan tinggi
§  Masalah kesuburan
§  Ketidakstabilan politik
§  Cth negara : Ethiopia & Somalia

b.)            Mentafsirkan model peralihan demografi

*Rujuk model peralihan demografi

§  Graf garis yg menggambarkan transisi perubahan penduduk sesebuah negara.
§  3 komponen: kadar kelahiran, kadar kematian, kadar pertumbuhan penduduk semulajadi.

Peringkat peralihan demografi

Peringkat I (Tahap awal – masyarakat pertanian)

§  Kelahiran dan kematian tinggi
§  Kadar pertumbuhan semulajadi  rendah

Peringkat II (Tahap pertengahan – peralihan pertanian ke perindustrian)

§    Kadar kelahiran tinggi
§    Kadar kematian menurun
§    Pada peringkat akhir Tahap II Kadar kelahiran mula menurun

Peringkat III (Tahap pasca – masyarakat perindustrian sepenuhnya)

§    Kadar kelahiran dan kadar kematianterus menurun hingga mencapai paras terendah


1.4            MIGRASI

1.4.1   Jenis migrasi

a)             Migrasi dalaman
§     Perpindahan penduduk melintasi sempadan dlm sesebuah negara (daerah, luar bandar, negeri, bandar dan sebagainya.

b)             Migrasi antarabangsa
§     Perpindahan melibatkan sempadan politik antarabangsa (negara, benua).

1.4.2         Jenis migrasi dalaman

1.             Luar bandar ke bandar
2.             Bandar ke bandar
3.             Bandar ke desa
4.             Luar bandar ke luar bandar
Faktor mempengaruhi migrasi dalaman

§    Ekonomi – peluang pekerjaan lebih lumayan
§    Sosial – melanjutkan pelajaran ke IPT
§    Bencana alam – banjir/tanah runtuh
§    Dasar kerajaan – program pembangunan wilayah (FELDA,FELCRA), polisi pembandaran.

Kesan migrasi dalaman

Positif

§    Meningkatkan pembangunan sumber alam di tempat destinasi.
§    Kurangkan masalah kependudukan di tempat asal.

Negatif

§    Tekanan terhadap sumber alam – tanah.
§    Pencemaran & kerosakan sumber alam.
§    Kepupusan sumber.
§    Masalah ekonomi – pengangguran, taraf hidup rendah, pendapatan menurun, krisis tenaga kerja.
§    Kesan sosial/ jenayah- setinggan, dadah, samun, ragut.
§    Pembaziran sumber (tempat asal).

1.4.3         Kemahiran amali – Guru membimbing murid cara memplot peta aliran & mentafsir
                                               data

1.4.4         Migrasi antarabangsa semasa

1.4.4.1      Pola

i)              Arah aliran

§  Hasil MOU (Malaysia & Vietnam) – persetujuan bawa masuk buruh Vietnam untuk sektor pembinaan - buruh Indonesia untuk sektor pembinaan, perladangan, pembantu rumah.
§  Penduduk Asia ke Australia – bekerja & menetap di Australia.

ii)             Isipadu aliran (jumlah)

§  Indonesia paling ramai (83%), diikuti Bangladesh, Thailand, Filipina, India &  Myanmar.
§  Jumlah  imigran dianggarkan 1.25 juta.

iii.)           Komposisi aliran

§  Golongan umur 20 – 40  tahun.
§  Lelaki – sektor pembinaan, kilang & perladangan.
§  Perempuan – pembantu rumah, kilang.

1.4.4.2          Faktor mempengaruhi migrasi antarabangsa semasa (khusus merujuk Malaysia)

§     Ekonomi stabil
§     Peluang kerja dan gaji tinggi
§     Krisis ekon di negara asal
§     Nilai mata wang tinggi di M’sia
§     Pembangunan ekon meningkat tetapi kurang buruh
§     Sosial
§     Budaya serumpun/sama (agama & budaya)
§     Hubungan persaudaraan yang telah wujud
§     Dasar Kerajaan
§     Dasar utk meningkatkan sektor pertanian – buruh diperlukan
§     Adanya MOU & hubungan diplomatik
§     Politik
§     Letakan berhampiran & jarak dekat
§     Ketidakstabilan politik negara asal
§     Bencana alam
§     Gempa bumi, tsunami, gunung berapi, banjir

1.4.4.3      Kesan migrasi antarabangsa terhadap negara yang ditujui (Cth: Malaysia)

Positif

§  Penawaran tenaga buruh ramai bagi menjana pembangunan.

Negatif

§  Masalah sosial/jenayah.
§  Kesesakan lalulintas.
§  Setinggan (Sg Damansara).
§  Pencemaran (udara,tanih, air).
§  Kesihatan (wabak penyakit).


1.5            PENDUDUK & ALAM SEKITAR

1.5.1.        Pengenalan Umum Komponen Alam Sekitar & Sumber

Komponen Alam Sekitar terbahagi kepada 4:-

§     Biosfera
§     Litosfera
§     Hidrosfera
§     Atmosfera





i.                     Biosfera

§     Unsur-unsur melibatkan hidupan meliputi kws kerak bumi (litosfera) dan atmosfera.
§     Cth hidupan:  manusia, tumbuhan, bakteria, binatang2, spora dan lain-lain.
§     Setiap hidupan ada ekosistem (saling kebergantungan) biotik (hidup) & abiotik (bukan hidup).
§     #Kepentingan – kemandirian spesis flora & fauna, rantaian makanan, kajian.

ii.                    Litosfera

§     Kerak bumi (lapisan luar bumi yg membentuk benua dan pulau dan dasar lautan.
§     Ketebalan – 5 km (dasar laut) & 50 km (daratan).
§     Kandunagan utama – batuan & mineral sert tanih.
§     #Kepentingan – sumber batuan, mineral & utk sektor pertanian.

iii.                  Hidrosfera

§     Meliputi sumber air: cth; laut, tasik, sungai. Lombong, air bawah tanah.
§     97.2% air masin dan 2.8% air tawar.
§     #Laut (perikanan & petroleum, gas asli) & menyederhanakan suhu.

iv.                   Atmosfera

§     Lapisan udara – ketebalan lingkungan 1000 km.
§     Penduduk sebagai sumber manusia.




Kepentingan Atmosfera

1.             Troposfera
·                      Sumber air, hidupan
·                      Sumber oksigen utk pernafasan
·                      Sumber karbon dioksida utk fotosintesis
·                      Pemantul cahaya matahari

2.             Stratosfera
·                      Penangkis gelombang ultraungu

3.             Mesosfera
·                      Menghalang meteorit besar jatuh ke bumi

4.             Ionosfera
·                      Telekomunikasi


Lapisan-lapisan dalam atmosfera



1.5.2         Alam sekitar fizikal sebagai sumber


Tidak Boleh Diperbaharui
(boleh pupus)
Mineral
§Semua logam & bukan logam
§Cth Logam – emas, b. timah, b. besi, bauksit, kuprum
§Bukan Logam – petroleum, arang batu, gas asli.
 




1.5.3         Daya tampung prsekitaran fizikal             

1.5.3.1      Kepentingan sumber alam kepada manusia

Sumber Alam
Kepentingan
i) Hutan
§  sumber oksigen
§  ekopelancongan, rekreasi
§  ubat-ubatan (herba tradisional)
§  tadahan hujan
§  kepelbagaian diversiti (biodiversiti)
§  R&D (kacukan poko ,ubatan)
§  makanan (petai,jering)
§  sumber pendapatan- (balak) – cengal, merbau
§  peluang pekerjaan (pembalak)
§  produk hiliran (perabot)
ii) Air
§  Kegunaan domestik (minum, masak, mandi, basuh)
§  sektor perindustrian berasaskan minuman &makaanan dan industri besi & keluli (penyejukan)
pengiran tanaman (padi)
iii) Mineral
§  sektor pembinaan bangunan (tiang konkrit, bt. kelikir)
§  industri pembuatan (besi & keluli, sadur tin, tin minuman)
§  menjimatkan tukaran matawang (kegunaan tempatan)
§  Tenaga elektrik (arang batu, petroleum, gas asli)
peluang pekerjaan
iv) Tanah-tanih
§  sektor pertanian (aluvium-padi)
Tapak pembinaan (petempatan, perindustrian)


1.5.3.2          Konsep daya tampung sumber alam

#              Sumber ada daya tampung (terhad)

Daya tampung sumber = keupayaan sesuatu sumber memenuhi & menampung
                                            keperluan penduduk

                Cth: penduduk ramai, sumber terhad menyebabkan:
·                      Kekurangan makanan
·                      Kebuluran
·                      Wabak penyakit
·                      Krisis air, tenaga
·                      Kehilangan sumber warisan
·                      Kesejahteraan hidup manusia terjejas

* Jelaskan konsep lebihan penduduk, kurang penduduk dan penduduk optimum 

1.5.3.3      Langkah2/ usaha memastikan daya tampung sumber secara berterusan (*Cth: Sumber Hutan)

1.                    Langkah perundangan

·                     Kuatkuasa undang2 (denda/penjara)
·                     Wujudkan akta perhutanan
·                     Pemantauan (jabatan hutan)

2.                    Langkah Pengurusan

·                     Wartakan taman negara
·                     Tanam semula hutan
·                     Rawatan silvikultur
·                     R&D (FRIM)
·                     Kuota
·                     Lesen pembalakan
·                     Penebangan terpilih (pokok matang)

3.                    Langkah Pendidikan

·                      Kempen (cintai hutan)
·                      Penerapan dalam sukatan pelajaran (Geografi, Alam Sekitar, Kajian Tempatan)

*   Guru boleh minta pelajar berbincang dalam kumpulan utk sumber2 lain dgn menekankan 3P seperti di atas.


1.5.4              Kesan pertumbuhan dan tumpuan penduduk terhadap alam sekitar

1.5.4.1      Kesan pertumbuhan penduduk

Kesan negatif

·                      Kesan kpd sumber air – penerokaan hutan oleh manusia (pertanian & petempatan – tadahan air kurang, sumber air kurang & merosot, air tercemar (sisa domestik & kumbahan)
·                      Kesan kpd sumber hutan – kayu berharga pupus (cengal)
·                      Kesan kpd mineral – semakin berkurangan/pups (emas, b. Timah)
·                      Kesan kpd sumber udara – udara tercemar (kilang, kenderaan, pembakaran terbuka)
·                      Kesan kpd ketidakseimbangan ekosistem – kitaran oksigen dan karbon dioksida

Kesan positif

·                      Sumber dapat dimanfaatkan sepenuhnya dgn adanya buruh yg ramai
·                      Kawasan baru dpt dimajukan


1.5.4.2      Sebab berlakunya kemusnahan alam sekitar di kawasan tumpuan penduduk
(Cth Kuala Lumpur)

·                      Kurang kesedaran sivik terhadap alam sekitar
·                      Kurang pegawasan
·                      Kurang pengurusan
·                      Sikap Imigrasi – tiada kecintaan terhadap negara

1.5.4.3      Langkah mengurangkan kesan kemusnahan alam sekitar

1.                    Perundangan

·                     Wujudkan akta (Akta Alam Sekeliling 1974) – mudahkan pendakwaan
·                     Akta/ ordinan (Cth: Akata Perhutanan Negara) – hukuman kpd pesalah dlm sektor pembalakan.
·                     Agemsi pelaksanan (JAS, JPS, PBT) – pemantauan berterusan
·                     Penguatkuasaan – hukuman,denda, kompaun
·                     Prosedur EIA (Penilaian Impak Alam Sekitar/Enviroment Impact Assesment) – dikemaskini bg semua projek pembinaan

2.                    Bukan Perundangan

·                     Kitar semula, adakan kempen kesedaran orang ramai
·                     pematuhan peraturan
·                     Melibatkan diri dlm kursus/ pndidikan alam sekitar
·                     Menyertai NGO -  MNS (Malayan Nature Society), Peratuan Pengguna
·                     Sikap orang ramai (harmoni dgn alam sekitar)                


1.6            KAJIAN KES            

Mengira & mempersembahkan data penduduk           kawasan kajian dlm bentuk jadual, rajah, & peta

*i.             Guru membimbing pelajar membina graf & memplot    peta berdasarkan data yg  
                    diedarkan.
ii.              Guru beri panduan pemarkahan.