Lama dah x menulis, macam Barack Obama lak busynya..padahal, petang2 tu lepak bersantai2 aja... Salam..apa cerita nak kongsi ye?(tetiba je beri salam..lupa lak kat entri..hehehe)
Oleh kerana sekarang musim peperiksaan utk studen2 saya, eloklah saya cerita sikit hal2 berkaitan peperiksaan.. Pada waktu ini pelajar2 Pra U Rendah sedang berjuang utk Final year exam.. pelajar2 Pra U atas baru selesai Trial mereka.. berdasarkan pemerhatian saya, pelajar2 ni sangat berbeza pembawaan diri dan sikap dr tahun ke tahun seterusnya.. Ada yang serius dan tahu hala tuju, ada yg saja2 dtg sekolah nak isi masa lapang, ada yg anggap sekolahlah tempat berehat, ada yang saya lihat macam termasuk ke dalam Lost World...sesat..macam2 hal..
Berbalik kepada cerita perperiksaan, kesungguhan anak2 didik saya nih tak dapat lagi saya rasakan AURAnya.. ada dekat sebulan lagi sebelum STPM, tapi??? harap2 mereka dapat membuktikan sesuatu bila hari2 kena bebel dengan guru kelas mereka yg saya hormati dan kasihi....(senior saya tu).. bawak netbook kesekolah utk apa? kalau setakat online facebook, tengok youtube baik jangan dibawak la ke sekolah.. nak cari maklumat, kemudahan yg kami sediakan lebih dari mencukupi.. slow la sikit capaian internet, maklum lah sekolah punya, tapi setakat nak cari soalan2 periksa lebih dari boleh..
Setiap hari saya mendoakan agar akan berlaku perubahan sikap mereka, tapi nampaknya rebung dah jadi buluh..nasihat yg baik x tahulah ke laut mana mereka abaikan.. Peperiksaan bukan perkara main-main, tapi mereka jadikan mainan..Alahai anak..cubalah lapang2 tu amik soalan2 tahun lepas dan buat latihan, tak tahu tanya la cikgu.. Paling saya risaukan adalah, mereka masih lagi tak tahu nak hormat org tua...orang tua tu kamilah..CIKGU mereka.. setiap tindakan yg dilakukan dengan niat baik, sentiasa saja dianggap negatif.. Masalahnya, kalau kami selaku cikgu tak tegur, ada ke org lain nak tegur.. Dalam sekolah, kuasa cikgu la yg patut diguna pakai, di luar tu masyarakat yg empunya, di rumah, ibubapa la tanggungjawabnya..
Akhirnya, saya naik terdemam tengok pelajar2 saya yang tak ada feel nak periksa... Macamana?