Pages

marilah memperkaya minda... segalanya dikongsi bersama

apabila kita menyuarakan sesuatu, kita perlu memikirkan orang lain yang berada disekeliling kita kerana dunia ini milik bersama.. hidup tidak perlu mementingkan diri.. Dia lebih mengetahui..

Monday, April 18, 2011

Cucu saya...







Al Fatihah untuk abang ipar suami saya(biras saya le) Hj Warsini yang kembali kepangkuan penciptanya tepat jam 1.35 ptg semalam..maka, bergegaslah kami sekeluarga semalam ke Felda Bukit Ramon, Kulai untuk menziarah keluarga allahyarham..  Bertemu sanak saudara sebelah suami, walaupun dah 16 tahun masuk family hubby, masih kelabu jugak mata nk ngenal semua..
Apabila berlakunya situasi sebegini (kematian), ramailah saudara mara yang kita jumpa, dan yang penting semalam jumpa cucu-cucu saudara... ada seorang nih, sangat menarik perhatian saya.. Zaquan namanya...comel banget... atuk ucu berkenan...
 Apapun, setelah pertemuan singkat (dalam 3 jam) bersama anak2 saudara suami, satu perkara yang saya pelajari, kita tak boleh menganggap semua orang  berfikir sama seperti kita.. Saya seorang yang sangat ringkas, saya tidak suka berhempas pulas untuk mendapatkan sesuatu jika saya perlu bersaing dengan orang lain jika saya fikir iyanya tidak perlu (mudah mengalah nih..emmm x best nya, tapi itu lah saya)...dan saya juga tidak suka menyusahkan orang lain dengan harapan orang lain tidak akan menyusahkan saya... Hidup ini hanya sekali, saya tak suka menekan perasaan sendiri, be happy walaupun sangat worry..hihihi...
 Yang hidup pasti akan mati, yang tinggal pula bersungguh2lah mencari bekalan utk hari pembalasan, saya faham dengan istilah "sementara masih hidup" yang diperkatakan oleh mereka...errrkk... saya pula sangat besederhana.. kerana saya dibesarkan dengan didikan yang begitu, kenapa mesti bersusahpayah untuk kesenangan dunia jika akhirnya menyusahkan kita? Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada kerana susahnya saya untuk mencapai tahap ini...dan harapan saya kepada suami, jika dia dapat rezeki lebih lepas nih, jangan tinggalkan saya... hehehe..sebab kalau dia tinggal saya, saya x kan susah payah kejar dia...saya akan biar dia pergi..(itulah saya...saya bukan seorang pejuang)..yang pergi biarkan pergi, saya x akan kutip balik..manakala untuk biras saya, semuga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...Al Fatihah..

3 comments: