Sekejap je dah sampai penghujung Jun.. agak sibuk sikit kebelakangan nih, balik sekolah pun lambat dari kebiasaan... Praktis untuk 2012 la kot..khabarnya ambilan Jun 2012 untuk 6 rendah akan memulakan sesi sebenar Pra-U seperti yang dirancangkan sekian lama..dan cikgu2nya akan bersedialah ikut sistem semester dan balik lambat... kita tunggu je lah macam mana...
Kali ni nak meluahkan perasaan sikit.. dua minggu ini saya sibuk uruskan projek untuk bawa student ke Pulau Redang, Terengganu... teruja nak pegi nih... setakat nih berjalan lancar lah semuanya..dan pelajar2 sebenarnya saya dah inform dari awal tahun, kumpul duit...kumpul duit... berbuih2 la jugak, sampai suruh diorang bayo je ansur-ansur takut nanti rasa macam berat sangat kerana kos agak tinggi...
Hahhh..kebimbangan saya rupa2nya berasas... Sama ada diorang tak ambil kisah saya cakap, atau diorang rasa last minit mak bapak diorang boleh beri selepuk duit ratus2..tak tau lah..macam2... alih-alih petang tadi ada parents serang cikgu biasiswa x pasal2... e e ehh.. marah anaknya tak dapat biasiswa, tingkatan 6 guna duit banyak... dah dikatanya cikgu biasiswa tak pandai buat kerja sampai anaknya tak dapat duit untuk tolong cover kos... aduihh...
Inilah yang dinamakan tak ada perasaan untuk menjaga perasaan orang lain.. Saya sebagai ibu bapa juga faham bahawa untuk membesarkan anak pada zaman ini sangat memerlukan kos yang besar...Zaman dah berubah, situasi dah tak sama macam zaman saya sekolah..dulu2, kalau kita anak orang susah, insyaAllah akan dapat biasiswa, tapi zaman nih, kita perlu bersaing dengan pelbagai kaum yg lebih bagus keputusan periksanya, dan datangnya dari keluarga yg susah juga.. kalau ibu bapa yang bekerjaya sekalipun, terpaksa berkorban untuk kemajuan pendidikan anak...Jangan ingat orang yg bekerjaya banyak sangat duit....kena beringat2...kadang kadang bergolok gadai jugak..
Ini belum cerita kalau anak dpt IPT nanti... dan belum masuk dalam komuniti yang lebih besar... berdepan dengan situasi yang lebih mencabar...hasad dengki rakan sejawat, kawan karib yang menikam dari belakang...ish3....kerja macam nak rak, tapi tiada penghargaan... dunia akan datang, situasinya lagi kejam...macam mana nak berdepan dengan keadaan sebegitu jika sekarang yang dugaan cuma secubit pun dah melatah berpanjangan... ha, kan dah macam-macam..
Entahlah, saya pun bingung bila semakin dekat nak peperiksaan, semakin banyak pula dugaan anak2 murid saya...harap2 semua yang tercuit akan cepat hilang latahnya... Saya hanya mampu mengingatkan setakat yang saya mampu sahaja, saya juga sentiasa mendoakan kejayaan anak2 murid saya...Perjalanan mereka masih jauh, semoga Allah sentiasa memberkati....
No comments:
Post a Comment