Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita semestinya mengharap yang baik2 daripada semua orang, melakukan yg terbaik utk diri sendiri...Kalau boleh tak mahu orang berprasangka buruk, membenci kita.. dan kita elakkanlah diri kita dari dibenci oleh orang lain..
Tapi, manusia...memang begitulah sifatnya, suka mencari kesalahan orang lain, bangga jika dapat membongkar aib orang..mungkin dia rasa dialah yang terbaik di muka bumi ini... Sedih pulak rasanya bila orang asyik cari keburukan kita, sedang hakikatnya kita jua yg mengetahui apa jua yang tersirat..hemmm..
Pages
marilah memperkaya minda... segalanya dikongsi bersama
apabila kita menyuarakan sesuatu, kita perlu memikirkan orang lain yang berada disekeliling kita kerana dunia ini milik bersama.. hidup tidak perlu mementingkan diri.. Dia lebih mengetahui..
Wednesday, May 25, 2011
Saturday, May 21, 2011
Happy 16th Anniversary...
Alhamdulillah.. pada 20hb Mei genap 16 tahun saya dan suami hidup bersama... Well, rumah tangga memang macam-macam dugaannya... tapi setakat nih tak penah la lagi bergaduh-gaduh sampai baling-baling pinggan..harap2 x kan berlaku sedemikian...
Ada individu bertanya, apa rahsia mengekalkan keharmonian rumah tangga... saya rasa saya belum layak nak cerita bab2 macam tuh...setiap kehidupan berumahtangga adalah berbeza antara satu sama lain, ini kerana manusia tu tak sama... kita dan pasangan kita juga adalah individu berbeza.. kalau kita bersikap matang dalam perhubungan, kita tidak akan mencari yang negatif utk dijadikan kesalahan pasangan..rasa-rasanya itu sahaja lah petuanya..
Sebagai manusia biasa, ada masa kita gembira, ada masa kita berduka...ada senang, ada susahnya.. Sebagai orang Islam pula, kita wajib memohon, minta yang baik2 daripada Allah.. Perkongsian hidup dalam perkahwinan adalah anugerah Allah kepada kita, jaga dan suburkan sahaja...Kerana niat asal kita berumahtangga adalah inginkan keredhaan Allah SWT..
Saya bersyukur dianugerahi 5 cahayamata yang cantik, comel, cerdik dan macam2 perangai yg menyebabkan saya tak berhenti membebel..hehheh..bersyukur juga suami yang masih sudi melayan karenah saya sepanjang 16 tahun ini.. Semua orang inginkan yg terbaik, dan saya berusaha memberikan yg terbaik utk keluarga..Semoga Allah juga menganugerahkan yg terbaik buat saya dan keluarga.. Doakan kebahagian ini kekal hingga kehujung nyawa...Amin

Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru..2011
16 Mei datang lagi..dan bagi tahun ini, ianya disambut bagi kali ke-40 di negara Malaysia tercinta.. Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke-16 saya menyambutnya sebagai seorang guru. SMK Tun Perak, Muar merupakan sekolah yang ke-4 saya meraikan Hari Guru sebagai guru terlatih.. Masih segar dalam ingatan sambutan Hari Guru pertama saya di SRK Tengku mahmood Iskandar 2, Pontian..zaman anak dara, semuanya indah belaka..abis semua acara kalau boleh nak join.. masuk SK Seri Intan Kluang dah jadi isteri orang..pon semacam saya balun, apa jenis game yg saya x join utk meraikan hari guru... Pindah ke SK Kubang Kerian 2, Kota Bharu, saya dah selow sikit.. baru bersalin pada tahun pertama di sana..rupa2nya tahun kedua pon bersalin lagi... dah x leh nak aktif2.. maklumla, ibu muda..
Bila saya sambung belajar, saya hilang ingatan sikit bab sambutan hari guru nih.. macam x sambut je...masa tu jadik student, x terpikir lak nak menghargai para pensyarah.. rupa2nya, sambutan hari guru ni meriahnya di sekolah sahaja... Syukurlah bila kembali ke sekolah..ingatan kembali pulih..dan ketemu pula cikgu2 yg mengajar saya semasa saya menengah dahulu..Cikgu Siti Zaharah..Ya Allah, besarnya kuasaMu Tuhan..cikgu kelas saya form 5 dulu tuh.. sekarang jadi rakan sejawat saya..dan saya juga yakin, ada nanti anak2 murid saya akan jadi rakan sejawat saya x lama lagi..
Itu kisah gembira saya bila datangnya tarikh keramat ini.. dan ada satu cerita yang saya wajib berkongsi bersama..tentang KEREDHAAN GURU.. selalu kita ingat, mak bapak kita adalah insan yg kita mohon keredhaan sewaktu kita melakukan sesuatu..namun jangan lupa, bila tiba bab belajar nih..cikgu ni ada semacam dolat(daulat) sikit..x percaya x apa..tapi percayalah..
Saya sebagai guru, telah lama saya buat pemerhatian.. ada segelintir anak2 murid yg tak berapa nak xcellent nih kalau dia sangat menghormati guru, sentiasa menyejukkan hati guru, laluan hidupnya utk mencapai cita2nya dilihat sangat mudah..diberi laluan oleh Allah..tapi..kalau ada segelintir anak murid yg dia rasa cikgu2nya tu x mberi apa2 makna pd dirinya, dia pandai kerana usahanya sendiri..cikgunya ada berasa hati..hahh..nih jaga2..silap2 ari bulan..nak berjaya pun susah..
Susahnya hidup nak jaga hati semua orang..tapi, hidup nih memang begini.. menghormati orang lain dan anda akan dihormati kelak.. sentiasa memohon agar diri diredhai ibu bpa dan guru2..insyaAllah hidup akan selamat.. Kalau ada terasa hati dgn mana2 cikgu..minta maaflah..cikgu juga insan biasa tak lepas dari meluahkan kata2 nista, melakukan perkara2 bernoda.. mana yg patut ditegur..tegurlah secara lembut, insyaAllah jika kita juga melakukan perkara yg sama, akan ada org yg akn mbantu kita kembali kejalan yg diredhaiNya... Waullahualam..

Friday, May 6, 2011
Nota untuk pelajar saya (3)
[1]Unsur-unsur Cuaca dan Iklim.
- Suhu
- Kerpasan
- Kelembapan udara
- Awan
- Tekanan udara dan angin
Suhu
- Suhu-darjah kepanasan udara disesuatu tempat.
- Antara sinaran matahari yang sampai ke Bumi ialah seperti sinar ultaungu(sinar lembayung), sinar infrared, sinar gama dan sinar-x.
- Sinaran matahari yang paling banyak membawa tenaga haba ialah sinar infrared.
- Apabila tenaga haba di sesuatu tempat bertambah maka udara di dalamnya akan menjadi panas dan indeks suhu akan meningkat.
- Indeks suhu ini diukur dalam unit darjah celcius dengan menggunakan alat termometer six.
- Termometer six diguna untuk mencatat nilai suhu maksimum dan minimum pada setiap hari.
Kerpasan
- Kerpasan merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku.
- Unsur kerpasan yang paling penting ialah hujan.
- Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan atau kondensasi.
- Akibat sejatan di permukaan air, wap-wap air akan naik ke atmosfara. Dengan adanya nukleus kondensasi seperti garam galian atau bahan pencemar udara maka wap-wap air akan turun sebagai huja atau titisan air.
- Hujan disukat dengan menggunakan alat tolok hujan dan dinyatakan dalam unit milimeter.
Kelembapan udara
- Merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara.
- Berdasarkan kepada kandungan wap air dalam udara maka udara boleh dikelaskan kepada udara kering (dry air) dan udara lembap (wet air).
- Kelembapan udara terbahagi kepada dua jenis iaitu kelembapan mutlak dan kelembapan bandingan.
- Kelembapan udara mutlak ialah kandungan wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara pada satu masa. Kelembapan mutlak dinyatakan dalam unit gram semiter padu.
- Kelembapan bandingan ialah nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara berkenaan dalam keadaan suhu tertentu. Unit kelembapan udara bandingan biasanya dinyatakan dalanm bentuk peratus.
- Kelembapan udara bandingan dapat disukat dengan menggunakan alat higrometer putar yang mengandungi termometer bebuli kering serta termometer bebuli basah.
Awan
- Awan merupakan titisan air yang sangat halus yang berdiameter antara 0.02mm -0.06mm serta terapung-apung di udara.
- Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera.
- Debu-debu, bahan-bahan pencemar udara, garam galian yang berada dalam atmosfera bertindak membentuk awan.
- Berdasarkan kepada ketinggian lokasi dan bentuk awan dapat dibahagikan kepada 4 jenis:
· awan tinggi yang berada antara 6100m – 12000m seperti
o awan sirus.
· awan pertengahan yang berada diantara 1200m – 6100m
o seperti awan altostratus
· awan rendah yang berada antara o – 1200m seperti awan
o stratokulus.
Tuesday, May 3, 2011
Kegilaan saya...
Setiap orang mempunyai kegilaan masing-masing..saya pun.. dan salah satunya adalah= masak2 dan makan2... sangat gila... kalau masak2 tu rasanya sangat bagus, sebab boleh xplore macam2 resepi..tapi bab makan2 nih nak cuba la kurangkan...dah obes dah pon... sangat kecewa kerana x dapat nak turun kan berat badan dan kalau x gila masak, rasanya x gila makan..tapi dah family nk makan, x kn x masak pulak..
Kebelakangan nih sibuk dgn kerja, gila masak dah kurang, gila makan yg x kurang2... camna tuh? aishh..rosak2.. apa2 pon nak kongsi resepi masak udang baru2 nih... memang superbb.. cubalah..
Udang Masak Lemak Cili Api dengan Nanas
2 kg Udang galah
1 in halia,1 in kunyit, 20 biji cili kampung, 4 biji bawang merah dan 3 biji bwg putih (ditumbuk),1 btg serai(dititik), 1 biji nanas dipotong leper, garam, gula( saya x makan aji no moto) secukup rasa, santan secukupnya.
Simple kan resepinya.. x payah tumis2 (jaga kesihatan) sebab santan tu dah cukup berlemak.. Semua bahan yang telah ditumbuk dan dititik tadi, masukkan je dalam periuk, didihkan bersama santan cair.. waktu dah dekat2 nak mendidih, masuk la udang... Masuk santan pekat, sentiasa jaga api dan kacau sekali2 supaya santan x pecah minyak.. bila udang dah mula merah, baru la masuk nanas... akhir sekali, tambahkan garam dan gula secukup rasa... wah..meletop gitu... silalah...jangan malu2...

Monday, May 2, 2011
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI SMK TUN PERAK,MUAR
JUN 2010 (Pulau Pinang)
JULAI 2009( Terengganu Darul Iman)
Ogos 2008( Cameron Highland, Pahang)
Antara program besar yang kami rancang untk pelajar2 Geografi 942 adalah Kajian Lapangan..Alhamdulillah bermula tahun 2007, kami berjaya membawa pelajar2 menjalankan kajian di tempat2 pilihan yang menarik dan sesuai dengan topik utk peperiksaan.. Doakan agar program ini terus mendapat sokongan pelajar2 walaupun kekangan dari aspek kewangan, jika kita yakin kita boleh jayakan, insyaAllah semuanya akan berjalan seperti yang dirancangkan.
NOTA GEO 1- PEMBENTUKAN GUNUNG LIPAT
PEMBENTUKAN GUNUNG LIPAT
• 1. Apabila dua plat tektonik bergerak ke arah satu dengan yang lain dan bertembung, lapisan-lapisan batuan di kawasan pertemuan terlipat.
• 2. lapatan ini membentuk gunung lipat.
• 3. Gunung lipat terdiri daripada gunung lipat tua dan gunung lipat muda.
• 4. Antara gunung-gunung lipat tua di dunia termasuklah Banjaran Appalachian ( Amerika Utara), Banjaran Ural ( Asia), Banjaran Penines (Britain), Banjaran Herz, dan Perisai Kanada.
• 5. Antara gunung-gunung lipat muda di dunia termasuklah Gunung Rocky, Gunung Andes, Gunung Alps( Switzerland), Gunung Himalaya dan Gunung Atlas ( Afrika).
• 6. Bahagian yang naik, antiklin (lintap mungkum) membentuk gunung manakala bahagian sinklin ( lintap lendut) membentuk lembangan.
Subscribe to:
Comments (Atom)