Pages

marilah memperkaya minda... segalanya dikongsi bersama

apabila kita menyuarakan sesuatu, kita perlu memikirkan orang lain yang berada disekeliling kita kerana dunia ini milik bersama.. hidup tidak perlu mementingkan diri.. Dia lebih mengetahui..

Saturday, May 21, 2011

Happy 16th Anniversary...

Alhamdulillah.. pada 20hb Mei genap 16 tahun saya dan suami hidup bersama... Well, rumah tangga memang macam-macam dugaannya... tapi setakat nih tak penah la lagi bergaduh-gaduh sampai baling-baling pinggan..harap2 x kan berlaku sedemikian...
Ada individu bertanya, apa rahsia mengekalkan keharmonian rumah tangga... saya rasa saya belum layak nak cerita bab2 macam tuh...setiap kehidupan berumahtangga adalah berbeza antara satu sama lain, ini kerana manusia tu tak sama... kita dan pasangan kita juga adalah individu berbeza.. kalau kita bersikap matang dalam perhubungan, kita tidak akan mencari yang negatif utk dijadikan kesalahan pasangan..rasa-rasanya itu sahaja lah petuanya..
    Sebagai manusia biasa, ada masa kita gembira, ada masa kita berduka...ada senang, ada susahnya.. Sebagai orang Islam pula, kita wajib memohon, minta yang baik2 daripada Allah.. Perkongsian hidup dalam perkahwinan adalah anugerah Allah kepada kita, jaga dan suburkan sahaja...Kerana niat asal kita berumahtangga adalah inginkan keredhaan Allah SWT..
    Saya bersyukur dianugerahi 5 cahayamata yang cantik, comel, cerdik dan macam2 perangai yg menyebabkan saya tak berhenti membebel..hehheh..bersyukur juga suami yang masih sudi melayan karenah saya sepanjang 16 tahun ini.. Semua orang inginkan yg terbaik, dan saya berusaha memberikan yg terbaik utk keluarga..Semoga Allah juga menganugerahkan yg terbaik buat saya dan keluarga.. Doakan kebahagian ini kekal hingga kehujung nyawa...Amin

No comments:

Post a Comment