16 Mei datang lagi..dan bagi tahun ini, ianya disambut bagi kali ke-40 di negara Malaysia tercinta.. Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke-16 saya menyambutnya sebagai seorang guru. SMK Tun Perak, Muar merupakan sekolah yang ke-4 saya meraikan Hari Guru sebagai guru terlatih.. Masih segar dalam ingatan sambutan Hari Guru pertama saya di SRK Tengku mahmood Iskandar 2, Pontian..zaman anak dara, semuanya indah belaka..abis semua acara kalau boleh nak join.. masuk SK Seri Intan Kluang dah jadi isteri orang..pon semacam saya balun, apa jenis game yg saya x join utk meraikan hari guru... Pindah ke SK Kubang Kerian 2, Kota Bharu, saya dah selow sikit.. baru bersalin pada tahun pertama di sana..rupa2nya tahun kedua pon bersalin lagi... dah x leh nak aktif2.. maklumla, ibu muda..
Bila saya sambung belajar, saya hilang ingatan sikit bab sambutan hari guru nih.. macam x sambut je...masa tu jadik student, x terpikir lak nak menghargai para pensyarah.. rupa2nya, sambutan hari guru ni meriahnya di sekolah sahaja... Syukurlah bila kembali ke sekolah..ingatan kembali pulih..dan ketemu pula cikgu2 yg mengajar saya semasa saya menengah dahulu..Cikgu Siti Zaharah..Ya Allah, besarnya kuasaMu Tuhan..cikgu kelas saya form 5 dulu tuh.. sekarang jadi rakan sejawat saya..dan saya juga yakin, ada nanti anak2 murid saya akan jadi rakan sejawat saya x lama lagi..
Itu kisah gembira saya bila datangnya tarikh keramat ini.. dan ada satu cerita yang saya wajib berkongsi bersama..tentang KEREDHAAN GURU.. selalu kita ingat, mak bapak kita adalah insan yg kita mohon keredhaan sewaktu kita melakukan sesuatu..namun jangan lupa, bila tiba bab belajar nih..cikgu ni ada semacam dolat(daulat) sikit..x percaya x apa..tapi percayalah..
Saya sebagai guru, telah lama saya buat pemerhatian.. ada segelintir anak2 murid yg tak berapa nak xcellent nih kalau dia sangat menghormati guru, sentiasa menyejukkan hati guru, laluan hidupnya utk mencapai cita2nya dilihat sangat mudah..diberi laluan oleh Allah..tapi..kalau ada segelintir anak murid yg dia rasa cikgu2nya tu x mberi apa2 makna pd dirinya, dia pandai kerana usahanya sendiri..cikgunya ada berasa hati..hahh..nih jaga2..silap2 ari bulan..nak berjaya pun susah..
Susahnya hidup nak jaga hati semua orang..tapi, hidup nih memang begini.. menghormati orang lain dan anda akan dihormati kelak.. sentiasa memohon agar diri diredhai ibu bpa dan guru2..insyaAllah hidup akan selamat.. Kalau ada terasa hati dgn mana2 cikgu..minta maaflah..cikgu juga insan biasa tak lepas dari meluahkan kata2 nista, melakukan perkara2 bernoda.. mana yg patut ditegur..tegurlah secara lembut, insyaAllah jika kita juga melakukan perkara yg sama, akan ada org yg akn mbantu kita kembali kejalan yg diredhaiNya... Waullahualam..
No comments:
Post a Comment